USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELIHARA NILAI-NILAI MURNI UNTUK PEMBANGUNAN MASA HADAPAN

DSC 3831k

USM, PULAU PINANG, 24 Oktober 2016 - Graduan diminta untuk sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai murni masyarakat untuk memastikan kesejahteraan negara pada masa hadapan.

Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Razali Ismail berkata, yang utama ialah para graduan yang terdiri daripada anak-anak muda yang berilmu pengetahuan perlu sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni masyarakat yang diwarisi sejak lama dahulu terutamanya saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

DSC 3843f

DSC 3870

“Ini termasuklah menghormati pegangan hidup, kepercayaan dan cara hidup yang berbeza-beza serta pandangan yang pelbagai, menghormati institusi yang ada termasuk institusi kekeluargaan serta  menghormati kepelbagaian budaya hidup di negara ini mahu pun di mana sahaja negara kita berada,” kata Razali yang juga Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) itu.

Beliau  menyeru dan meminta agar para siswazah sentiasa memelihara nilai-nilai hidup murni ini terutamanya dengan menghormati hak orang lain seperti mana seseorang itu mengharapkan orang lain menghormati haknya apatah lagi  inilah juga antara peranan utama para siswazah untuk menjadi contoh tauladan yang boleh diikuti dalam menjalankan tugas profesional mahu pun kehidupan peribadi dengan integriti yang tinggi.

DSC 3937

DSC 3932h

Terdahulu Razali menyampaikan ijazah kepada 872 orang graduan dalam Sidang Kedua Upacara Konvokesyen Ke-54 USM.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1129

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024