USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GRADUAN PERLU BERSEDIA HADAPI CABARAN MASA HADAPAN, TITAH CANSELOR USM

DSC 3539

USM, PULAU PINANG, 24 Oktober 2016 - Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail hari ini bertitah menyeru para graduan bersiap sedia untuk menyahut cabaran kepimpinan pada masa hadapan.

“Ilmu haruslah terus dipelajari seluas-luasnya supaya  setiap pandangan dan keputusan yang diambil adalah bijak, bernas, dan mewakili kepentingan umum.

Nilai-nilai integriti dan syariat agama haruslah menjadi jati diri pada setiap masa dan melalui perbincangan duduk semeja dan pendekatan yang harmoni dengan semua pihak agar rakyat akan bersatu padu dan sama-sama bekerja ke arah mencapai negara Malaysia  yang  maju  dan  sejahtera,” titah baginda kepada 275 orang graduan yang menerima ijazah pada Sidang Pertama Upacara Konvokesyen Ke-54 di sini.

DSC 3564hjkl

DSC 3548gh

DYMM Tuanku Raja Perlis itu juga turut bertitah berpesan agar para graduan tidak melupakan pengorbanan ibu dan bapa masing-masing serta tunjuk ajar daripada warga pendidik serta kembali memberi sumbangan balas kepada USM setelah mencapai kejayaan.

DSC 3589

DSC 3618g

DSC 3648g

Baginda turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan kepada Presiden dan Ketua Operasi Toray Industries Inc. Dato’ Akkihiro Nikkaku tanpa hadir dan berharap agar USM akan terus mengenal pasti kerjasama yang strategik dengan industri sama ada di dalam mahu pun di luar negara bagi mendapatkan pemindahan teknologi yang maju serta meningkatkan kualiti graduan USM bagi menghadapi  pasaran  kerja  yang  dinamik seperti mana kejayaan kerjasama USM dengan Toray selama ini.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1125

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024