USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

YAYASAN USM UNTUK KEMAJUAN USM

 DSC6101

PULAU PINANG, 24 Oktober 2016 - Yayasan USM ditubuhkan dengan niat yang sangat murni iaitu mengumpulkan dana bagi membantu universiti dalam melaksanakan pelbagai usaha yang dilakukannya.

Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur ketika berucap di Majlis Santapan Malam Amal Yayasan USM, banyak yang perlu dilakukan untuk melestarikan pendapatan dan dana yang ada, di samping mendorong lebih banyak pihak untuk memberikan sumbangan terutamanya dalam kalangan alumni kita yang telah berjaya dalam hidupnya.

Berangkat pada majlis tersebut ialah Canselor USM DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis.

 DSC6146

Menurut Pro Canselor USM itu, pihaknya akan berusaha bersama-sama memastikan pelan perniagaan Yayasan USM akan dapat dimantapkan dalam jangka panjang agar Yayasan USM akan benar-benar berdikari dan diuruskan secara berasingan daripada Universiti.

"Kemungkinan juga kita boleh fikirkan kedudukannya dalam lokasi yang lebih visible dalam meningkatkan usaha penjenamaan dan kedudukannya agar lebih dikenali serta saya melihat potensi besarnya pada masa hadapan," katanya lagi.

 DSC6117

Pada majlis yang sama, Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail turut memberi penghargaan kepada mantan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Dato' Dr. See Ching Mey yang banyak terlibat dalam penubuhan Yayasan USM yang telah bersara pada 7 Oktober lalu.

 DSC6219

Yang turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan Toh Puan Dato' Seri Hajah Majimor Shariff, Pro Canselor USM Tan Sri Dato' Dr. M. Jegathesan dan isteri Puan Sri Tan Lee Hong, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Dato' Hamdan bin Bahari dan isteri Datin Hasmah Mustafa, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan isteri Puan Sri Norida Nachara Hamat, isteri Mustafa Puan Sri Datin Anita Aqeela Hiong, ahli-ahli Lembaga Gabenor USM dan Pengurusan Tertinggi USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1626

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024