USM LATIH MASYARAKAT GUNA TEKNOLOGI PEMPROGRAMAN iOS
USM, PULAU PINANG, 15 Oktober 2016 - Bengkel Pengenalan Pemprograman untuk iOS (Workshop On iOS Introductory Programming) yang berlangsung selama sehari di Makmal Pusat Pengajian Sains Komputer hari ini medapat sambutan yang memberangsangkan.
Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zarul Fitri Zaaba, ini merupakan satu projek Pusat Pengajian Sains Komputer untuk melatih masyarakat umum dan pelajar dalam teknologi sebegini.
"Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk mendedahkan masyarakat berkaitan ilmu terkini dalam pemprograman iOS," kata penyelaras teknikal bengkel ini.
Tambah Zarul, memandangkan USM mempunyai keupayaan dan kapasiti dalam melaksanakan bengkel bermanfaat sebegini, maka pihak kami mengambil inisiatif untuk perlaksanakan bengkel yang disertai terhad kepada seramai 15 orang peserta walaupun terdapat permintaan yang tinggi untuknya.
Manfaat kepada peserta melalui penyertaan bengkel ini adalah memperkasa ilmu teknologi terkini, membiasakan diri dengan Flash Editor dan lain-lain lagi berkaitan aplikasi iOS ini.
Majoriti peserta datang dari kolej swasta dan ada terdapat 2 pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), dan bengkel ini disasarkan untuk disertai oleh pembangun aplikasi mobile amatur, penyelidik, pelajar, programmer persendirian, pensyarah dan lain-lain pihak yang berminat.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 809