USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR DR. NORIAH MOHAMED TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU 2016

1476367677113

SHAH ALAM, 13 Oktober 2016 - Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Noriah Mohamed hari ini menerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2016 di satu majlis sambutan bulan kebangsaan peringkat sektor pendidikan yang dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Menurut Noriah, beliau berasa bangga kerana dianugerahi pengiktirafan ini dan menganggapnya sebagai kejayaan menyeluruh usaha beliau dalam menggunakan Bahasa Melayu sebagai wahana utama dalam kegiatan akademiknya.

"Sebagai seorang ahli akademik, selain memantapkan ilmu tentang Bahasa Melayu, saya akan terus menggunakannya mengikut konteks yang sesuai, dalam bidang akademik dan bukan akademik, di dalam atau di luar negara," jelasnya yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, piala dan sijil.

1476367676745

Noriah juga berharap warga Malaysia berasa bangga menggunakan Bahasa Melayu sebagai wahana dalam kehidupan seharian.

Noriah mempunyai kepakaran dalam bidang sosiolinguistik, sejarah Bahasa Melayu dan Sejarah Linguistik dan telah menerbitkan sebanyak 35 buah buku, 115 jurnal serta 17 projek penyelidikan dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara.

ATABM adalah salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pengajian Tinggi. 

ATABM adalah pengiktirafan yang diberikan kepada golongan akademik sebagai penghargaan kecemerlangan dan sumbangan individu dalam memartabatkan Bahasa Melayu. 

1476367677517

Turut hadir ke majlis adalah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 2695

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024