USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAINTIS USM TERIMA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1438H

IMG 0146

USM PULAU PINANG, 12Oktober 2016 – Saintis yang juga merupakan pakar dalam bidang pembuatan ubat-ubatan herba dari Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zhari Ismail dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1438H peringkat USM hari ini.

Pemilihan Zhari berdasarkan kepada kejayaannya dalam bidang farmaseutikal yang telah banyak menghasilkan ubat-ubatan menggunakan ekstrak herba.

“Penghargaan yang diberikan oleh pihak USM kepada saya ini merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai walaupun saya sudah berpencen, namun pihak universiti masih menghargai stafnya,” tambahnya.

IMG 0130

Katanya lagi, setiap ahli akademik perlu memainkan peranan yang penting dalam membangunkan nama universiti dalam bidang penyelidikan di samping mampu memberi impak yang positif kepada masyarakat.

“Pada masa kini, peningkatan negara-negara bukan Islam terhadap produk kosmetik dan ubat-ubatan halal meningkat, oleh itu, penyelidik dari USM haruslah merebut peluang ini supaya dapat menjalankan kolaborasi bersama-sama,” tambahnya lagi.

IMG 0251def

 

Antara anugerah yang diterima Zhari sebelum ini ialah penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 1432H peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011, Anugerah Saintis Halal HDC 2010 dan Anugerah Standard dan Akreditasi  2012 Mosti & Standard Malaysia.

Berlatarbelakang pendidikan dalam bidang Kimia Farmaseutik dari Institut Teknologi Bandung, Indonesia dan University of Strathclyde, Scotland, beliau memulakan kariernya di USM sebagai pensyarah di PPSF pada tahun 1982.

Di samping itu juga, Zhari juga bergiat aktif dalam Persatuan Kakitangan Islam USM di mana beliau merupakan pengasas kepada persatuan tersebut.

IMG 0261

Zhari menerima hadiah wang tunai RM 5000.00, sijil penghargaan, seutas jam tangan beserta trofi yang disampaikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H peringkat USM.

Teks: Syuhada Abd Aziz

Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1783

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024