USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAMPU MINTA SUK PULAU PINANG BEKERJASAMA DENGAN USM DALAM PERKONGSIAN DATA

IMG 0006

USM, PULAU PINANG, 11 Oktober 2016 - Perkongsian data yang berkaitan dalam sektor awam penting dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan kepada rakyat dari aspek tertentu.

Demikian kata Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT, MAMPU, Norhamimah Ibrahim ketika pembentangannya yang bertajuk Berpacukan Data, Berpaksikan Rakyat sempena Seminar Kerajaan Digital 2016 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang di Dewan Budaya USM hari ini.

IMG 0028

Beliau berharap agensi-agensi dapat bersama-sama berkongsi data supaya transformasi perkhidmatan awam berpacukan data dapat direalisasikan kelak dan antaranya ialah seperti Projek Rintis Analitis Data Raya sektor awam.

Terdahulu majlis dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Seri Farizan Darus yang dihadiri 500 peserta daripada kalangan penjawat awam negeri Pulau Pinang.

IMG 0037

penang345

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail juga turut hadir ke majlis ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1178

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024