USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPPBP USM TERIMA KUNJUNGAN CABE UNITED KINGDOM, 2 KURSUS DIIKTIRAF

1476179587338

PULAU PINANG, 11 Oktober 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menerima kunjungan dari Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chartered Association of Building Engineer (CABE) United Kingdom, Ben Bradford dan Dr. John Hooper. 

Menurut ahli akademik bersekutu CABE, Prof. Madya Ar. Dr. Sharifah Fairuz Syed Fadzil, Sudah tentu, pusat pengajian yang memulakan kerjasama dengan CABE ialah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) dan kerjasama ini dimulakan melalui ahli bersekutu CABE (affiliate member) dan juga ahli jawatankuasa CABE Malaysian Chapter. 

Katanya, nama USM telah berjaya dimasukkan sebagai salah satu institusi akademik bersekutu yang diiktiraf CABE (CABE academic affiliate) dan banyak faedah boleh didapati antaranya ialah memberi peluang pelajar mendalami kefahaman mereka dalam industri pembinaan, mengadakan peluang penganjuran seminar bersama dan aktiviti-aktiviti lain, menganjurkan kursus-kursus releven bersama, menjemput penceramah yang terkenal dan bertauliah untuk proses pembelajaran, menerima maklumat teknikal terkini dan penasihatan releven dalam industri pembinaan dan banyak lagi.

"Di dalam siri lawatan dan kunjungan Presiden dan CEO CABE ke beberapa negara Asia Pasifik dan Timur, mereka telah menerima jemputan saya untuk hadir ke USM amnya dan PPPBP khususnya untuk mengenali USM dengan lebih dekat bersama pihak pentadbiran, staf dan pelajarnya," jelas pensyarah PPPBP ini.

1476179588680

Dalam lawatan ini, Presiden CABE telah menyampaikan secara rasmi sijil keahlian akademik bersekutu CABE (academic affiliate certificate) kepada USM yang diterima oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. 

Sementara itu, 2 kursus di PPPBP telah mendapat pengiktirafan (accreditation) dari CABE dari 2015 hingga 2020 yang membolehkan graduan terbaik daripada 2 kursus ini (BSc HBP (Arch) (Part I) dan B.Arch (Part II)) dianugerahkan hadiah dari CABE termasuk sijil, keahlian graduan CABE percuma (CABE graduate membership) dan beberapa insentif lain. 

Dua pelajar tersebut ialah Monica Caroline Shenton (Part II) dan Najwa Harzani Ezumi Harzani (Part I) telah dipilih untuk menerima anugerah ini dari Presiden CABE.

Ben Bradford turut menyampaikan ceramah bertajuk “Issues on Fire Safety in Buildings” kepada lebih kurang 100 pelajar PPPBP dan Dr John Hooper pula telah memberikan satu taklimat ringkas berkenaan CABE dalam majlis ini.

1476179588549

CABE ialah satu badan profesional yang ditubuhkan sejak 1925 dan berpusat di Northampton United Kingdom dan ia merupakan badan yang mengungguli bidang dan pengkhususan rekabentuk, pembinaan, penilaian dan penyelenggaran bangunan dan ahli-ahlinya dari United Kingdom, Eropah dan juga di seluruh dunia dan pada 2013 badan ini telah dianugerahkan status piagam diraja (Royal Charter) oleh Permaisuri negara England.

Turut hadir adalah Pensyarah-Pensyarah PPPBP, Prof. Mastura Jaafar, Prof. Madya Ir. Dr. Naser dan Dr Zarifah mewakili Dekan PPPBP dan wakil dari CABE Malaysian Chapter Tn. Hj. Sr. Zahry.  

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto : Prof. Madya Ar. Dr. Sharifah Fairuz Syed Fadzil

  • Created on .
  • Hits: 1013

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024