USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PAUSM

QK4C5025

USM, PULAU PINANG, 5 Oktober 2016 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini menerima kunjungan hormat mantan Naib Canselor USM Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifli Abdul Razak yang juga Presiden Persatuan Alumni USM (PAUSM) yang turut disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa PAUSM.

“Saya akan memberikan sokongan kepada aktiviti alumni dan berharap lebih ramai alumni akan kembali ke alma mater ini,” kata Asma.

Antara yang dibincangkan meliputi beberapa program PAUSM dan yang terdekat adalah AUSM Awesome Nite yang akan diadakan pada 13 Oktober ini di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

“Saya bagi pihak semua alumni dan Ahli Jawatankuasa akan terus memberikan sokongan penuh kepada USM dan membantu dalam pembangunan Universiti,” kata Dzulkifli.

Dzulkifli dilantik sebagai Presiden PAUSM bermula 2015-2017 dalam Mesyuarat Agung ke-19 pada bulan Mac tahun lalu.

Yang hadir sama ialah Setiausaha Agung Persatuan Alumni USM Dr. Nor Zarifah Maliki,  Bendahari Dr. Daisy Kee Mui Hung, Ahli Jawatankuasa Dr. Mohamad Muzammil Mohamad Noor dan Mohd Zulkarnain Mohamad Tajulariffin serta dua orang Sekretariat PAUSM.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 2575

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024