USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ZABIDI ZAINAL DIKURNIA ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PERLIS 1438H

14457442 1178306712230360 7453992109964356011 n

PULAU PINANG, 2 Oktober 2016 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini dikurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis tahun 1438H/2016M di Dewan 2020, Kangar oleh Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang juga Canselor USM.

Zabidi dalam laman media sosial Facebooknya memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung kasih ke atas DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis atas kurniaan ini.

"Bagi saya, hijrah adalah transformasi dan sebuah transformasi dari perkara yang biasa-biasa kepada yang lebih baik justeru inilah intipati sebenar hijrah yang telah kita terapkan kepada penjawat awam melalui agenda Transformasi Perkhidmatan Awam," katanya.

Beliau turut bersyukur dan berterima kasih buat semua, dan Anugerah ini adalah pengiktirafan buat sekalian penjawat awam yang gigih berbakti demi agama, bangsa dan negara.

Zabidi adalah salah seorang dari 'CEO Faculty Programme' anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk Universiti Sains Malaysia (USM) dan beliau telah menyampaikan Syarahan Perdana kepada warga USM pada bulan April lalu di Dewan Tuanku Syed Putra USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1081

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024