USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MEMAHAMI PERANAN IT DAN ICT

14484851 1176032652457766 8403514756989104583 n

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 September 2016 - Dalam zaman yang serba moden ini, istilah Teknologi Maklumat telah diperluaskan bagi merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi.

Menurut Pengarah Penerbit, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr. Zaharin Yusof, ahli-ahli profesional telah melakukan pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan teknologi serta perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan data untuk maklumat yang terkini.

“Mereka telah menjalani beberapa kajian melalui teknologi maklumat seperti pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan.

“Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data,” katanya ketika menjadi panel Forum Cakna teknologi ICT: Memperkasakan Masyarakat Melalui IT, di Dewan Utama Kampus Kesihatan, di sini.

Zaharin berkata, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

“Teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi serta ia juga disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi lebih pantas.

“Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, Personal Digital Assistant (PDA) dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima,” jelasnya lagi.

Tambah Zaharin, terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu untuk mengumpul maklumat di mana ia digunakan untuk suntingan contohnya dengan menggunakan komputer ia boleh merekodkan bunyi imej dan sebagai pengesan gerakan untuk sesuatu objek.

“Keduanya ialah untuk memanipulasikan maklumat dan memproses semua imej serta yang ketiga ialah untuk berkomunikasi iaitu bagi menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sesuatu sumber kepada penerima,” jelasnya lagi.

Teks: Anawiah Abdul Aziz / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood



  • Created on .
  • Hits: 3867

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024