USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RKM USM PLATFORM PELAJAR BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

PULAU PINANG, 1 Oktober 2016 - Sebagai salah satu rancangan di bawah Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia (USM), Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) terus mengorak langkah dalam mendekatkan pelajar USM dengan komuniti dan masyarakat tempatan.

Menurut Yang Dipertua RKM, Mohammad Azizol Bin Aziz, RKM juga memberi sumbangan pelbagai bentuk kepada masyarakat tempatan sebagai contoh projek kumpulan yang mengumpulkan 14 kumpulan dan setiapnya ditempatkan di kawasan-kawasan berlainan seperti sekolah, kampung, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim dan lain-lain di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak untuk berbakti.

Azizol juga berharap pada masa hadapan RKM ini akan setaraf seperti persatuan-persatuan lain di USM kerana sebelum ini masih ramai yang belum mengetahui mengenai RKM terutamanya orang awam di luar sana.

"Apabila sumbangan dihulurkan kepada masyarakat di luar sana dan ianya dari pelajar USM khususnya, nama USM akan disebut-sebut dan ini sekaligus dapat menaikkan serta mengharumkan lagi nama institusi ini," kata pelajar tahun 2 Pusat Pengajian Komunikasi ini.

Sementara itu, Azizol juga memberitahu baru-baru ini, RKM telah mengadakan Hari Interaksi untuk merapatkan ukhwah dan memperkukuhkan kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan ahli lama dan juga ahli baru Rancangan ini dan seramai 460 orang ahli hadir.

Bagi sidang 2016/2017, RKM telah berjaya mendapat seramai 250 ahli baru dari pelajar tahun 1 USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1134

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024