USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIADA KEJADIAN RUNTUHAN DI BLOK H34 DESASISWA USM

 DSC4540

USM, PULAU PINANG, 29 September 2016 – Tidak berlaku runtuhan di blok H34 Desasiswa Cahaya Gemilang seperti dakwaan yang dibuat dalam media sosial sebaliknya yang berlaku ialah kerja pembaikan terhadap kerosakan pada struktur bumbung yang memerlukan tindakan segera.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein dalam sidang media di sini tentang kejadian tersebut menjelaskan, pada minggu lalu menerima aduan pelajar tentang kebocoran yang berlaku, membuat siasatan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan pelajar.

 DSC4348

“Kerosakan dikesan di beberapa bahagian pengikat kerangka dengan beam yang menyokong kerangka bangunan yang telah berusia 34 tahun itu. Ini disebabkan oleh ‘wear and tear’ kepada struktur itu,” katanya lagi.

Jelas Adnan, sejak itu pemantauan 24 jam oleh pengurusan desasiswa dan Jabatan Keselamatan dibuat secara berterusan sepanjang proses pembaikan ini dijalankan.

“Naib Canselor juga telah melawat blok tersebut dan meminta keseluruhan pelajar perempuan dipindahkan segera walaupun pada mulanya hanya melibatkan satu wing untuk tujuan pembaikan.

 DSC4477

Namun membuat keputusan segera pindahkan keseluruhan 350 orang pelajar terlibat yang sebahagiannya sedang dibantu dengan sewajarnya,” kata Adnan.

Tegasnya, USM membuat pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di semua desasiswa dari segi keselamatan bangunan dan pelajar dengan memastikan agar tidak ada masalah dari semua segi terutamanya apabila pelajar akan memulakan sidang pengajian.

Tambahnya lagi, usaha pembaikan akan mengambil masa selama tiga bulan dan blok akan ditutup sepanjang semester ini.

Tegasnya pelajar tidak dibenarkan memasuki blok ini kecuali dengan ditemani pengurusan desasiswa atas tujuan yang penting demi keselamatan mereka.

 DSC4550

Yang hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pembangunan USM Arman Abdul Razak, Penggawa Desasiswa Cahaya Gemilang Bakti Permai USM Mohd Shafie Ariffin dan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) USM Mohammad Zaip Ahmad.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1534

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024