USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPKT PENGGERAK AGENDA ICT USM

untitledasfs

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 September 2016 – Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah mencetuskan satu fenomena yang mewujudkan dunia tanpa sempadan dan amat penting dalam komunikasi moden termasuk untuk pendidikan tinggi.

Penolong Naib Canselor yang juga Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed berkata, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) merupakan tulang belakang Universiti Sains Malaysia yang menjadi penggerak kepada agenda ICT universiti.

“PPKT sangat diperlukan sebagai agen perubahan yang memainkan peranan utama dalam menyediakan satu platform yang berkesan khususnya dalam mendepani ledakan teknologi maklumat masa kini.

untitledxcvcbv

“Selain itu, PPKT juga dilihat sebagai satu jabatan yang menyokong kepada peningkatan kualiti pembelajaran, pengajaran, penyelidikan malah mutu perkhidmatan di hospital universiti,” katanya merasmikan  ITConf-Ex: Seminar Informasi Cakna Teknologi (ICT) 2016 di sini.

Tambah Mafauzy, USM berharap agar PPKT dapat memberikan perkhidmatan seoptimum mungkin supaya pelaburan dalam prasarana IT dapat dimanfaatkan kepada seluruh warga kampus dan masyarakat keseluruhannya.

untitleddfd

“Program pada hari ini dilihat sebagai satu wadah untuk PPKT menghebahkan kepada masyarakat akan perkembangan teknologi maklumat masakini, di samping berkongsi input dan ilmu berkaitan teknologi maklumat untuk dimanfaatkan oleh semua peserta yang hadir pada hari ini.

“Bersesuaian dengan tema program ini ‘Memperkasa Masyarakat Melalui IT’ ianya amat bertepatan untuk mendekatkan PPKT dengan masyarakat sekeliling khususnya staf dan pelajar USM sendiri,” katanya lagi.

Yang turut hadir pada program ini ialah Pengarah Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Dr. Zaharin Yusof; Pengasas Neutral Transmission Malaysia Sdn Bhd, Dr. Mohamad Awang Lah; Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer USM, Profesor Dr. Ahamad Tajudin Khader; Ketua Pegawai Maklumat PPKT USM, Zulham Hamdan dan Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan USM, Ahmad Fadhlul Irham Yusoff.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood.

  • Created on .
  • Hits: 1049

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024