USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ERS-USM BANTU SISTEM KOMUNIKASI TELEFON YANG TERPUTUS AKIBAT BENCANA

untitledthtr

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 September 2016 – Emergency Radio System Universiti Sains Malaysia (USM) - ERS-USM berjaya dibangunkan oleh pensyarah Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Dr. Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah.

Menurut Penolong Naib Canselor dan Pengarah Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed, sistem ini dibangunkan bagi membantu sistem komunikasi telefon yang terputus semasa berlakunya bencana seperti banjir dan sebagainya.

“Dengan adanya sistem ini, apabila terputus hubungan menggunakan telefon, kita boleh menggunakan sistem ini untuk menghubungi pihak-pihak seperti Hospital Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan sebagainya.

untitledghth

“ERS-USM ini dibangunkan mengambil iktibar dari bencana banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 2014 apabila Hospital USM telah terputus hampir kesemua talian komunikasi sehingga menyebabkan kesukaran pihak kami untuk menghubungi hospital-hospital yang terjejas bagi mengetahui status lanjut pesakit yang mereka pindahkan ke sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya melancarkan ERS-USM yang dihadiri oleh 60 orang peserta, hari ini.

Tambah Mafauzy, dengan kredibiliti serta kepakaran ahli jawatankuasa ERS-USM dalam menguruskan sistem tersebut dapat menambahbaik sistem komunikasi setempat dalam pengurusan bencana banjir pada masa akan datang.

untitledrgt

untitledtghth

"Sistem ini dapat digunakan apabila kita terputus kesemua talian komunikasi kerana sistem ini tidak menggunakan kuasa elektrik sebaliknya menggunakan bateri.

"USM telah berkolaborasi dengan organisasi luar iaitu Jabatan Kesihatan Negeri dan skuad pacuan empat roda X-tra Team," ujarnya lagi.

Mafauzy berkata, sesiapa yang ingin memohon menggunakan sistem ini bolehlah mendaftar menjadi ahli.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail / Foto: Roslida Mohamed

  • Created on .
  • Hits: 974

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024