USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

VARIASISWA 2016 SERLAH BAKAT PELAJAR BAHARU USM

DSC 7811 Moment2

PULAU PINANG, 23 OKTOBER 2016 - Variasiswa 2016 membuka tirai aktiviti pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) dengan berlangsungnya persembahan kebudayaan bagi setiap Desasiswa ketiga-tiga kampus hari ini.

Bertemakan Sehati Sejiwa bagi menyampaikan semangat cintakan negara dan penyatuan antara kaum, persembahan setiap Desasiswa nyata memukau hampir 2,000 orang penonton yang membanjiri Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM.

DSC 7816 Moment

DSC 7813 Moment

DSC 7814 Moment

Pengarah Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nazarudin Zainun berkata, Variasiswa yang diadakan saban tahun merupakan platform terbaik dalam mengetengahkan bakat pelajar baharu USM di masa akan datang.

"Selepas ini kita mempunyai pelbagai lagi aktiviti dan majlis rasmi universiti yang telah ditetapkan, dan ini memerlukan sokongan bakat baharu dari anda semua sebagai pelapis untuk universiti," kata Nazarudin.

DSC 7803

DSC 7804

Yang turut hadir ialah Penggawa Desasiswa Bakti Permai dan Cahaya Gemilang, Syafie Ariffin dan Pegawai Kebudayaan Kanan, Zulkifli Che Hussin.

DSC 7819 Moment

Majlis turut diserikan dengan beberapa sketsa patriotik sempena hari kemerdekaan Malaysia yang disambut baru-baru ini.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1292

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024