USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DBKL RAKAN STRATEGIK BAHARU PIPPA

14344785 1262356420476002 7130077117994445791 n

USM, PULAU PINANG, 20 September 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Inovasi dan Produktiviti Perkhidmatan Awam (PIPPA) akan berkolaborasi dengan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ILDBKL) dalam penganjuran latihan bagi pembangunan modal insan.

Menurut Pengarah PIPPA Dr. Musa Ali, hasil perbincangan kedua-dua pihak, kata sepakat telah dicapai termasuk berkongsi fasiliti dalam penganjuran aktiviti pembangunan modal insan di kedua-dua lokasi dan bekerjasama dalam penyelidikan khususnya yang berkaitan dengan usaha mengoptimumkan penggunaan sumber manusia.

“Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi maklumat khususnya berkenaan agenda pembangunan modal insan dalam kalangan kakitangan awam,” tambah Musa ketika lawatan rasmi ILDBKL yang diketuai oleh Timbalan Pengetuanya, Khairul Anuar Mhd Juri.

DBKL adalah antara Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang mempunyai institut latihan sendiri yang ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan latihan dan aktiviti pembangunan staf kepada 10,000 orang staf DBKL.

14222306 1262356433809334 4615249964729538904 n

ILDBKL menawarkan aktiviti latihan dalam sembilan bidang utama yang menjadi teras pembangunan staf DBKL iaitu Pengurusan, Bangunan, Perancangan Bandar, Kejuruteraan, Kesihatan, Teknologi Maklumat, Lanskap, Kewangan dan Penguatkuasaan.

Hasil daripada perbincangan itu juga, kedua-dua pihak akan mengenalpasti bidang-bidang strategik dan sesuai untuk tujuan kolaborasi di samping membangunkan kerangka kompetensi yang diperlukan oleh pihak DBKL.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1029

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024