USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EDUCATION MALAYSIA EMIRIAH ARAB BERSATU

duta14
 
USM PULAU PINANG, 21 September 2016 - Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat daripada Konsul Pendidikan Malaysia merangkap Pengarah Serantau Education Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shushilil Azam Shuib.
 
Menurut Omar, USM melihat peluang luas dalam menjalinkan jaringan dan kolaborasi bersama dengan rangkaian pendidikan di timur tengah, selatan dan tengah Asia.
 
"Kerjasama ini akan dilihat melalui hubungan antara USM dan Education Malaysia," katanya.
duta23
 
Sementara itu, Shushilil pula dalam pada masa yang sama akan memberi komitmen dalam menjayakan kerjasama ini kelak antara kedua-dua pihak.
 
Sesi kunjungan dan perbincangan ringkas ini juga disertai oleh Timbalan Pengarah Kolaborasi Antarabangsa, Mobiliti dan Kerjaya USM, Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa.
 
Teks & Foto : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 1170

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024