USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERJASAMA USM-TUT KETENGAHKAN PENYELIDIKAN NEUROKOGNITIF

untitledhuo

KUBANG KERIAN, 21 September 2016 - BRAINetwork Centre for Neurocognitive Science (BRAINetwork), Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Toyohashi University of Technology (TUT), Jepun menjalinkan kerjasama dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang neurokognitif menerusi MOA yang dimeterai pada tahun 2013.

profesor23

Menurut Profesor Dr. Zalina Ismail, projek yang dinamakan 'Global Summer School' (GSS) ini adalah penyelidikan dalam bidang kognitif berkaitan otak dan minda pelbagai peringkat umur serta melihat perbezaan antara masyarakat dan negara.

untitledbhk

"Objektif program ini adalah untuk mendapatkan kesinambungan antara neurosains, kejuruteraan dan teknologi bertahap tinggi yang relevan kepada masyarakat tanpa mengubah tradisi kehidupan mereka,” ujar beliau.

Kali ketiga dilaksanakan, GSS lebih memfokuskan kepada struktur dan fungsi otak berkaitan kekuatan minda, bagaimana manusia boleh menggerakkan sesuatu di skrin hanya dengan pemikiran, keseimbangan badan, memori serta ujian terhadap lapan bahagian otak berkaitan pembelajaran dan daya ingatan.

"Gabungan bidang perubatan USM dan kejuruteraan TUT merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat kerana sebelum ini pasukan GSS telah memperkenalkan masyarakat orang asli kepada teknologi, pendidikan serta memberikan latihan kepada mereka untuk menggunakan segala kemudahan di samping pengurusan aspek kebersihan air," tambah Zalina.

untitledyu97y

Program kali ini berjalan selama dua minggu di tiga lokasi yang berlainan iaitu Sekolah Kebangsaan Zainab II, Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol dan perkampungan orang asli Pulau Banding.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 943

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024