USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TAWAR DWI IJAZAH LAKSANA PENDIDIKAN FLEKSI

14344305 1168133293247702 7731458402961239769 n

USM, PULAU PINANG, 20 September 2016 - Para pelajar tahun kedua Universiti Sains Malaysia (USM) kini berpeluang mendapat ijazah Sarjana Muda kedua bukan dalam.bidang yang sama dengan pengajiannya sekarang  selaras dengan pelaksanaan pendidikan fleksi dengan jumlah pengambilan terhad mulai sidang akademik ini.

Menurut Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Senat USM pada Jun lalu telah meluluskan penawaran program dwi ijazah ini yang membolehkan  pelajar pengajian sepenuh masa mengikuti program ijazah yang kedua secara pendidikan jarak jauh dan diperakukan oleh Lembaga Gabenor USM untuk dilaksanakan mulai sidang pengajian ini.

"Penawaran pengajian dwi ijazah merupakan inovasi dalam pendidikan tinggi yang memberi peluang untuk pelajar mendapat dua ijazah pada masa yang sama melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak  Jauh mulai  sidang akademik 2016/2017 kepada pelajar USM dan hanya ditawarkan di kampus induk Pulau Pinang," kata Omar.

Sebagai permulaan, USM menawarkan 4 program pengajian untuk dwi ijazah kepujian iaitu Sarjana Muda Sains, Sarjana Muda Sastera, Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan Sarjana Muda Pengurusan.

Jelas Omar, program ini membolehkan  pelajar yang cemerlang dan berkemampuan mengambil dua program ijazah sarjana muda berbeza dalam sesuatu tempoh pengajian dan akhirnya  akan berijazah  dengan dua-dua program ijazah sarjana muda berkenaan dalam melebarkan pengalaman pembelajaran dan pengetahuan serta meluaskan peluang pekerjaan.

"Penawaran program dwi ijazah ini akan dapat melahirkan bakat selaras dengan keperluan negara dan masa depan senario global yang membolehkan mereka  merancang masa hadapan dalam menghadapi cabaran ekonomi terbuka yang membolehkan mereka
mempunyai nilai tambah di pasaran kerja," kata Omar.

Jelasnya, usaha ini juga menjadikan mereka lebih kompetetif dalam ekonomi global melalui kombinasi kurikulum pengajian serta pelbagai kemahiran di samping memanfaatkan teknologi untuk kemajuan diri dalam jangka panjang.

Tarikh tutup permohonan ialah 30 September 2016.  Maklumat lanjut hubungi: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Tel: 046536197/3264/3286.  Faks: 046576000. Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Web: pppjj.usm.my

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1206

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024