USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-TORAY SEPAKAT PERKUKUH KERJASAMA

 DSC3736

USM, PULAU PINANG, 21 September 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan Toray Industries (Malaysia) Sdn. Bhd., Masahiko Kawamura dan Group HR, Legal & Compliance TORAY Group (Malaysia) of Companies Gor Siew Yeng.

Kedua-dua pihak, USM dan Toray bersetuju untuk mengukuhkan hubungan akademik, penyelidikan dan beberapa bidang lain yang kedua-duanya mempunyai kekuatan pada masa hadapan.

Hal ini termasuklah kemungkinan bekerjasama untuk mereka bentuk dan membina peralatan termaju seperti canoe dan dragon boat menggunakan carbon fiber, mereka bentuk pakaian termaju menggunakan kain fabrik keluaran Toray untuk meningkatkan prestasi atlet USM dan negara  ketika mengambil bahagian dalam pelbagai kejohanan sukan serta kolaborasi dalam beberapa bidang lain.

 DSC3743

 DSC3748

"Yang penting kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan yang ada dalam ilmu dan kepakaran serta bahan industri untuk jangka panjang," kata Omar.

Yang hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pengarah Kolaborasi Antarabangsa Profesor Dr. Lee Keat Teong dan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Profesor Madya Dr. Mohamad Zailani Abu Bakar.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Zamani Abd. Rahim

  • Created on .
  • Hits: 980

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024