USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAKAR 16 NEGARA BINCANG TANGANI EKSTREMISME TANPA KEGANASAN

IMG 1615

PULAU PINANG, 19 September 2016 - Pakar daripada 16 negara berkumpul di sini selama tiga hari bermula hari ini untuk berbincang usaha menangani ekstremisme tanpa keganasan. 

Menurut Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman, kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) USM dan TODA Institute for Global Peace and Policy Research dalam program ini akan memberi impak kepada semua komuniti global melalui impak inovasi penyelidikan dan kolaborasi berterusan.

"Kita memerlukan keamanan dalam dunia kini yang makin mencabar dalam sebarang penyampaian mesej yang positif mahu pun negatif berkaitan keganasan," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa dalam Menangani Ekstremisme Tanpa Keganasan : Teori Islam  dan Amalan (International Conference on Engaging Extremism Nonviolently : Muslim Theories and Practices)

IMG 1639

cenpris1

Menurut Naib Canselor, CenPRIS USM perlu berfokus kepada isu sebegini dan mendapatkan pelajar-pelajar Doktor Falsafah dalam pengajian berkaitan perkara ini.

Beliau mengharapkan agar persidangan ini akan memberi manfaat pada semua 16 negara yang terlibat dalam membina jaringan dan hubungan yang lebih erat dalam isu-isu yang dibincangkan dalam lapan sesi yang akan berlangsung nanti.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan TODA Institute for Global Peace and Policy Research Dr. Satoko Takahashi pula berkata, kolaborasi antara USM dan TODA dalam penganjuran persidangan ini diharapkan dapat memberi hasil yang diperlukan dalam menangani ekstremisme demi  memelihara keamanan dengan menggunakan pendekatan tanpa keganasan.

IMG 1673

IMG 1666

TODA adalah organisasi yang komited dalam memperjuangkan keamanan melalui makna keamanan dan penghapusan menyeluruh berkaitan peperangan.

Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, Pengarah CenPRIS USM Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk dan Profesor Chaiwat Satha-Anand dari Thammasat University, Thailand.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1107

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024