USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DR. NETHIA MOHANA TERIMA GERAN PENYELIDIKAN L’OREAL-UNESCO JALANKAN KAJIAN KANSER

14322355 1166433536751011 7714645996906513597 n

USM, PULAU PINANG, 15 September 2016 – Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Nethia Mohana menjadi penerima  geran penyelidikan daripada  ‘L'oreal-UNESCO for Women in Science National Fellowship 2016 yang bernilai RM30,000.

Beliau dipilih oleh juri yang dilantik L'oreal pada bulan Ogos lalu dalam kalangan 139 orang penyelidik yang memohon yang menganggap cadangan yang diberi sangat signifikan dan menarik.

Majlis penyampaian anugerah ini akan diadakan pada awal Oktober ini di Kuala Lumpur.

“Geran yang diterima ini akan saya gunakan dalam melakukan penyelidikan dalam bidang pencegahan penyakit kanser yang telah saya jalankan tiga tahun yang lalu,” kata Nethia.

Tambahnya lagi, L'oreal mengiktiraf penyelidik muda wanita dalam meningkatkan penyelidikan di Malaysia dalam pelbagai bidang kajian.

“USM telah banyak menyokong penyelidikan saya secara berterusan serta mewujudkan persekitaran yang kondusif sehingga membolehkan lahirnya ramai penyelidik bertaraf dunia,” katanya yang juga merupakan antara tiga penerima geran penyelidikan ‘MAKNA Cancer Research Award 2015’.

L'Oréal-UNESCO For Women in Science National Fellowship yang diperkenalkan pada tahun 2006 ini mengiktiraf penyelidik wanita di Malaysia dalam bidang sains sebagai penyumbang penting dalam pembangunan bidang sains di negara ini.

Sejak pelancarannya, geran penyelidikan ini telah dianugerahkan kepada 32 orang penyelidik wanita yang cemerlang di Malaysia.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1024

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024