USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USMKK LAKSANA IBADAH KORBAN BERSAMA PENDUDUK

untitledghhkb

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 September 2016 - Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mengadakan program ibadah korban bersama penduduk sekitar mukim Kampus Kesihatan hari ini.

Program sempena Hari Raya Aidiladha 1437H ini istimewa kerana penggemblengan kerjasama pelajar dan staf USM serta penduduk melapah daging lembu untuk diagihkan kepada mereka yang terlibat.

Menurut Pengarah Kampus Kesihatan/Penolong Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed, lapan ekor lembu disembelih dan diuruskan secara gotong-royong yang disertai oleh kira-kira 50 orang staf dan mengagihkan 200 kilogram daging kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu, kita turut bergotong royong menyediakan juadah kenduri untuk semua dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penduduk setempat," kata Mafauzy.

Yang turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan, Professor Madya Dr. Haji Wan Nudri Wan Daud.

Teks/Foto: Eddy Masry Mohamed
Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

  • Created on .
  • Hits: 749

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024