USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FATIN RANGKUL EMAS NEGARA DI KEJOHANAN MEMANAH PIALA ASIA (STAGE 2)

14317399 10210452693064320 3921390814502809305 n

PULAU PINANG, 13 September 2016 - Fatin Nurfatehah Mat Salleh, 25, atlet memanah negara yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mempertahankan pingat emas memanah berpasukan wanita (compound) di Kejohanan Piala Asia peringkat kedua yang berlangsung di Taoyuan, Taiwan pada 8 hingga 13 September 2016.

Menurut Fatin, untuk memenangi emas ini bukanlah satu perkara yang mudah, kerana memerlukan kerja keras dan semangat berpasukan serta yang paling utama kerjasama antara ahli pasukan yang baik.

Emas yang diperolehi adalah selepas mereka berjaya menundukkan pasukan dari India dengan jumlah mata 209 berbalas 183.

Ahli pasukan Fatin terdiri daripada Saritha Cham Nong dan Nurul Syazhera Mohd Asmi.

Fatin juga memenangi pingat gangsa melalui gandingannya dalam acara berpasukan campuran bersama pemanah Mohd Juwaidu Mazuki.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Fatin Nurfatehah Mat Salleh

  • Created on .
  • Hits: 879

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024