USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JAYAKAN WORLD QURAN HOUR

14233020 1159523710775327 8538275297660165435 n

PULAU PINANG, 11 September 2016 - Komunuti kampus dan khariyah masjid Universiti Sains Malaysia (USM) turut menjayakan program bacaan Al-Quran serentak World Quran Hour.

Menurut Pengarah Pusat Islam USM Profesor Dato' Dr. Muhamad Idiris Saleh, lebih 350 orang memenuhi Mesjid Al-Malik Khalid termasuk Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman sejak jam 8.30 pagi.

14322238 1159523784108653 7243480611110443586 n

14329920 1159565190771179 7864697578018311625 n

"Majlis diisi dengan bacaan Al-Quran, surah Hajj dipimpin oleh Ustaz Mohd Zamrus Hj. Mohd Ali dan Ustaz Zayd Zhari yang diikuti oleh semua yang hadir di samping kemudiannya diadakan tafsir Al-Quran," katanya.

Sementara itu Kampus Kesihatan USM Kelantan turut menganjurkan program yang sama dengan dihadiri oleh oleh 100 orang bermula jam 8.30 pagi di Masjid Mukim Kampus Kesihatan itu dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya yang turut dihadiri Penolong Naib Canselor/Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr Mafauzy Mohamed.

14238214 1159565244104507 6459675437863762781 n

14232588 1159565224104509 3708123866228143598 n

Timbalan Pengarah Pusat Islam, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud berkata, program ini diharapkan mendapat sambutan daripada masyarakat seluruh dunia sebagaimana program Earth Hour sebagai permulaan yang baik sebagai simbolik kepada Hari Arafah yang dilalui oleh jemaah haji di Mekah dan kita di sini turut berkumpul membaca Al-Quran bersama-sama.

Bacaan Al-Quran bukan sahaja diadakan di masjid malah turut dipanjangkan ke wad-wad Hospital USM yang mana petugas dan pesakit bersama-sama membaca Al-Quran selama satu jam.

14329917 1159565294104502 8585544406174117676 n

14233014 1159565314104500 7975521001074526216 n

14316780 1159565337437831 6812943069849272392 n


Selain daripada itu, Pusat Islam Kampus Kesihatan juga turut mengadakan kempen Berpuasa Hari Arafah dan majlis berbuka puasa akan diadakan di masjid berkenaan.

Teks: Mohamad Abdullah & Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Ridzuwan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 1069

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024