USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

130 PELAJAR USM DIPILIH SEBAGAI DUTA USM-MySIHAT

 DSC4342

PULAU PINANG, 28 Mac 2015 – 130 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) untuk menjayakan Program Bina Upaya Sukarelawan USM-MySihat bagi melahirkan kumpulan duta yang mempromosikan aktiviti berkaitan.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan promosi kesihatan khusunya kawalan tembakau kepada kumpulan sasaran 1,200 orang pelajar dari ketiga-tiga kampus USM.

 DSC4344

 DSC4347

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dato' Dr. Hajah Zailan Dato' Adnan yang mewakil Menteri Kesihatan Malaysia berkata, program seumpama ini amat bermanfaat kepada  generasi muda sebagai pelapis dan agen perubahan pada masa hadapan.

Berucap dalam Konvensyen Duta USM-MySihat 2015, Zailan berkata ia dimulakan dengan siswa-siswi di universiti-universiti sebagai  agen perubahan kepada budaya tidak merokok dalam kalangan generasi muda.

 DSC4351

Menurut Zailan lagi, projek  yang dilakukan di USM ini seharusnya menjadi contoh kepada institusi pengajian tinggi lain untuk melaksanakannya dan dipergiat lagi pada masa akan datang.

"KKM sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang mempunyai hasrat untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup sihat, sesuai dengan objektif penubuhan MySihat untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat dan ianya sesuai diaplikasikan dengan penglibatan warga USM," tambahnya lagi

 DSC4416

 DSC4427

Sementara itu, Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Mohammad Jantan berkata,  USM mempunyai peranan yang besar melalui MySihat untuk membimbing dan membudayakan amalan berkaitan  kesihatan seperti  kawalan tembakau untuk mewujudkan persekitaran bebas asap rokok.

"Kami menggalakkan inisiatif ini dalam menyahut tiga agenda utama iaitu agenda kelestarian dan kesejahteraan dalam kalangan warganya yang dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar bagi mengalakkan kepimpinan dalam kalangan pelajar serta budaya kesukarelawanan dalam kalangan pelajar," kata Muhamad.

 DSC4456

 DSC4526

 DSC4469

Pada Konvensyen USM-MySihat 2015 itu juga turut diadakan adalah penyerahan replika kad Duta USM-MySihat kepada wakil sukarelawan USM, bacaan ikrar oleh duta-duta dan juga pelancaran tabung USM-MySihat.

Dalam majlis itu juga,  tiga orang alumni USM yang merupakan pemimpin kumpulan sukarelawan yang telah memberi sumbangan yang bermakna dalam merintis dan meneruskan inisiatif Kampus USM Bebas Tembakau dengan menerima Anugerah Khas.

 DSC4494

 DSC4501

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM Profesor  Dr. Adnan Hussein, Pengerusi MySihat, Tan Sri Dato' Sri Dr. Haji Mohd Nasir Mohd Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif MySihat, Dr Manimaram Krishnan Kaundan, Ketua Sektor Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Dr Omar Mihat Malaysia (MySihat) dan Pengerusi USM Bebas Tembakau (USMBT) Profesor Dr. Rahmat Awang.  Teks: Syuhada Abdul Aziz / Foto: Zamani Abdul Rahim 

#MPRC

  • Created on .
  • Hits: 1640

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024