USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JOHAN PESTA PANTUN NEGERI KELANTAN 2016

untitledjyvy

KUBANG KERIAN, 7 September 2016 - Pasukan pantun Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 apabila dinobatkan sebagai Johan Pesta Pantun Negeri Kelantan 2016.

Pasukan yang dibarisi oleh Muhammad Irfanuddin Ibrahim daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Ahmad Tirmizi Ghani, Alia Syahirah Armishah dan Nirwana Fahruddin daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) berjaya menewaskan tujuh pasukan yang bertanding termasuk Institut Pengajian Guru (IPG) Kota Bharu yang merupakan juara bertahan.

Menurut Ketua Pasukan Muhammad Irfanuddin, kemenangan yang diraih ini di luar jangkaan kerana pasukan mereka baru ditubuhkan dan persediaan dibuat dalam masa yang singkat kerana mereka baru sahaja memulakan pengajian untuk sidang akademik baharu.

pantun34

untitledukg

"Kami berlainan jurusan tetapi rezeki kami meraih kemenangan pada hari ini mungkin kerana juri tertarik dengan tema bebas yang kami ketengahkan itu berkenaan virus zika kerana ianya berkaitan dengan bidang pengajian kami di samping tema utama Warisan Budaya Kelantan," ujar beliau.

Selain hadiah wang tunai mereka turut menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan Dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Mohd Anizam Abdul Rahman di Universiti Malaya Nilam Puri.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

  • Created on .
  • Hits: 1315

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024