USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEWAAN DEWAN SEMINAR PUSAT PEMINDAHAN ILMU (KTC) TORAY-USM

14224972 1154350037959361 3755934226196077698 n

USM, PULAU PINANG, 7 September 2016 - Pusat Pemindahan Ilmu Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan Dewan Seminar dengan kadar sewaan yang kompetitif untuk mengadakan seminar, bengkel, taklimat, latihan, tarian, kelas lakonan, perbincangan tertutup dan majlis rasmi.

Menurut Pengarahnya, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, Dewan Seminar mampu memuatkan 100-120 orang pada satu masa mengikut susun atur aktiviti yang berkonsepkan classroom, U shape, Meja Bulat dan Teater.

"Antara kelengkapan yang terdapat adalah sistem audio, papan putih/flip chart, penghawa dingin, foyer pameran/makan, kaunter pendaftaran, LCD projektor, skrin layar, 60 unit kerusi fabrik hitam, tandas lelaki/wanita/OKU dan surau untuk lelaki dan wanita," katanya.

Untuk maklumat lanjut, pemohon bolehlah menghubungi Pejabat Pengurusan TORAY-USM KTC di Aras 1, Bangunan C26, TORAY-USM KTC USM, 11800 Pulau Pinang di talian 04-6536734/6726.

Bangunan TORAY-USM KTC telah dirasmikan pada 7 Disember 2015 yang lalu oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato' Seri Idris Jusoh dan pusat ini dibina dan didedikasikan juga untuk memulihara kearifan tempatan dan mempromosikan teknologi hijau di USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1767

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024