USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOMBACA@USM PUPUK BUDAYA MEMBACA

14184452 1151500998244265 4316428490011635735 n

USM, PULAU PINANG, 5 September 2016 - Jawatankuasa Kempen Membaca Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan sudut pecinta buku dan kotak derma buku baharu untuk warga USM di bawah tagline jombaca@USM.

Menurut Pustakawan, Mohd Kamal Mohd Napiah, inisiatif ini merupakan langkah yang diambil untuk membudayakan membaca dalam kalangan warga kampus.

"Projek ini berjalan dengan bantuan kewangan dalam bentuk geran ad-hoc oleh Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM).

"Sebanyak 3 kotak derma buku dan sebuah kotak pecinta buku telah dihasilkan dan kotak-kotak derma buku telah ditempatkan di lokasi berbeza sekitar kampus iaitu di PHS 1, kafetaria Desasiswa Bakti dan kafetaria Desasiswa Restu untuk memberi peluang kepada warga kampus mendermakan buku," katanya.

Jelasnya lagi, sehingga kini, kira-kira 1,000 buah buku telah diterima melalui kotak derma buku dan sebahagiannya telah didermakan ke pusat sumber dan perpustakaan luar yang memerlukan.

Tambahnya, tumpuan diberikan kepada pusat sumber yang terlibat dengan projek komuniti Perpustakaan Hamzah Sendut seperti Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Syed Idrus, Chemor, Perak; Perpustakaan Koperasi Tadika Minden, USM; Perpustakaan Tadika Lestari Ilmu, Pusat Islam, USM; Perpustakaan Sekolah Rendah Al Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang; Perpustakaan Sekolah Agama An Nikmah, Kampung Poti In, Kemboja; Perpustakaan Komuniti Sungai Nibong Pantai, Pulau Pinang dan Perpustakaan Maktab Mahmud Yan, Kedah.

Kamal juga berharap semoga usaha kecil ini akan berjalan secara berterusan dalam memberikan manfaat kepada masyarakat dalaman mahupun luaran USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1108

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024