USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENDEKATAN HOLISTIK PSI LANTIK SUKARELAWAN

untitledvh

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 September 2016 – Pendekatan holistik kumpulan sokongan Penyusuan Susu Ibu (PSI) dengan melantik sukarelawan dan sistem sokongan yang terbaik dapat membantu meningkatkan usaha mempromosi faedah penyusuan ibu.

Menurut Pengarah Kampus Kesihatan yang juga Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed, usaha kumpulan sokongan ini dapat membantu membina satu komuniti berlandaskan keprihatinan terhadap sistem sokongan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka.

“Ahli kumpulan sokongan PSI bersedia  membantu ibu-ibu dan pasangan bagi mengatasi masalah yang dialami sepanjang fasa menyusui bayi dalam membina satu komuniti yang berlandaskan keprihatinan terhadap sistem sokongan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka.

“Ahli kumpulan sokongan PSI adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk membantu ibu-ibu dan pasangan bagi mengatasi masalah yang dialami sepanjang fasa menyusui bayi iaitu secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga umurnya dua tahun,” katanya merasmikan Seminar Penyusuan Susu Ibu: Kunci Perkembangan Kelestarian sempena tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016 di sini semalam yang dihadiri 160 orang peserta.

“Ilmu yang dipelajari ini diharap dapat membantu diri sendiri dan orang lain kerana lebih ramai ibu yang berjaya menyusu, maka lebih sihatlah generasi akan datang dan bumi kita juga dapat diselamatkan kerana penggunaan botol, tin susu dan lain-lain dapat dikurangkan.

untitleduighju

“Penggunaan alatan menyusu ini boleh mencemar alam sekitar dan meningkatkan kos negara untuk melupuskannya,” tambahnya.

Menurut Mafauzy, bayi yang disusukan dengan susu ibu tidak memerlukan makanan tambahan sehingga enam bulan pertama hayatnya selain mempunyai sistem ketahanan yang lebih baik dan melindungi mereka daripada jangkitan yang serius seperti ‘pneumonia’ dan cirit-birit.

Yang turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah Kanan Klinikal, Hospital USM, Dr. Nik Min Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Hospital Inisiatif Rakan Bayi yang juga Pakar Pediatrik dan Neonatologi Hospital USM, Profesor Madya Dr. Noraida Ramli  dan Pensyarah Kanan Unit Perkembangan Dan Kesihatan Wanita USM yang juga Konsultan Laktasi, Dr. Zaharah Sulaiman.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail / Foto: Muhammad Sham Mustapha

  • Created on .
  • Hits: 613

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024