USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA SUKARELAWAN TERIMA ANUGERAH KHAS USM-MySIHAT 2015

 DSC4478

PULAU PINANG, 28 Mac 2015 - Tiga sukarelawan yang juga graduan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini dinobatkan anugerah khas USM-MySihat atas jasa dan sumbangan kepada universiti dalam proses merintis dan meneruskan inisiatif USM Bebas Tembakau (USMBT).

 DSC4483

Mereka adalah Mohd Hazimi Che Abdul Rani, Ho Rhu Yann dan Irni Syuhada Ibrahim yang mana kesemua mereka masih aktif dalam program sukarelawan USM dan menyumbang tenaga dan idea dalam pembangunan program USMBT.

 DSC4473

Menurut Mohd Hazimi, sepanjang pengajian di USM beliau banyak terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan yang mempromosikan program kesihatan terutamanya mengenai tembakau.

"Sukarelawan USMBT bermula dengan 10 orang dan kemudian kami rekrut 40 orang pelajar dan kini kami telah melatih lebih 800 orang pelajar di bawah dana MySihat dengan penganjuran pelbagai bengkel bina upaya," ujar Mohd Hazimi yang juga mantan Presiden pertama Sekretariat Sukarelawan USM-MySihat dan kini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Setiausaha Persatuan Mata Hati Malaysia.

 DSC4472

Ho Rhu Yann pula telah berjaya menggembangkan program Green Lung di beberapa buah universiti tempatan seperti di Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Green Lung ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk mempromosikan kepentingan inisiatif bebas asap rokok dan kini berjaya didaftarkan sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada November 2014," tambah Ho Rhu Yann selepas menerima anugerah tersebut daripada Dato Dr Zailan Dato'Adnan di Konvensyen Duta USM-MySihat.

"Dengan penubuhan Green Lung Malaysia, ianya akan dapat memperkasa golongan remaja dan profesional untuk menjadi penggerak dan penyokong usaha-usaha kawalan tembakau di Malaysia," tambah jejaka berpandangan jauh ini yang juga Pegawai Farmasi di Pusat Pengajian Sains Farmasi USM.

 DSC4475

Bagi Irni pula, beliau mengorbankan separuh dari masanya di tahun akhir pengajian  dengan memberi komitmen  kepada usaha-usaha kawalan tembakau di seluruh kampus USM.

"Kini, saya menjalinkan hubungan yang berterusan dengan semua mantan sukarelawan dan membincangkan pelbagai perkara supaya usaha ini dapat diteruskan walaupun di luar USM," ujar Irni, Penolong Pegawai Penyelidik di Bahagian Penyelidikan dan Inovasi USM.

Ketiga-tiga alumni ini menerima plak anugerah khas dan sijil. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Zamani Abdul Rahim 

#MPRC

  • Created on .
  • Hits: 1545

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024