USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU PERKASA EKONOMI MASYARAKAT DALAM PROJEK TERNAKAN LEBAH KELULUT SIK DAN JERLUN

14142074 1850490591839582 6822806654949656321 n

PULAU PINANG, 3 September 2016 - Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai tanggungjawab sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited menyumbang ilmu, kepakaran serta teknologi yang ada.

Bengkel Pengupayaan Komuniti Melalui Program Community Innovation Centre (CIC) Projek Ternakan Lebah Kelulut adalah salah satu daripadanya.

Pengarah Jaringan Komuniti, Syed Yusof Syed Kechik berkata, objektif bengkel ini  ialah menjelaskan hala tuju dan kaedah perlaksanaan projek; memberi pengetahuan tentang fungsi serta biologi lebah kelulut; memberi pendedahan tentang potensi madu lebah kelulut dan latihan asas keusahawanan koperasi.

14199195 1850490665172908 9213842499873338617 n

14141628 1850490741839567 8008517629634769533 n

"Bengkel yang dianjurkan selama 3 hari ini melibatkan 45 orang peserta Projek Ternakan Lebah Kelulut CIC dari kawasan Jerlun dan Sik, Kedah yang terlibat dalam projek ini sejak bulan Oktober 2015 manakala bagi peserta Kubu Gajah Perak pula akan bermula pada bulan September 2016," katanya.

Tambahnya, elemen utama yang diketengahkan dan dipindahkan ialah inovasi USM MUSTAFA-HIVE yang dihasilkan oleh pensyarah muda dari USM Kubang Kerian Dr Zulkifli Mustafa yang merupakan Pakar Neurologi dari Pusat Pengajian Sains Perubatan yang telah memenangi pingat emas inovasi asas tani untuk ciptaan MUSTAFA-HIVE.

"Setakat ini peserta di CIC Sik dan CIC Jerlun telah berjaya menjana pendapatan sehingga kira-kira RM11,000.00 dan bersedia dengan jenama baharu yang akan mula dijual oleh peserta dan turut dijadikan cenderamata USM & NCIA.

14183888 1850490775172897 8543249153057496326 n

14203249 1850490861839555 2923816981438526014 n

"Sekretariat juga akan mewujudkan program inkubator usahawan pelajar dan kini dalam proses mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi yang berpotensi seperti Tabung Haji untuk membekalkan madu lebah kelulut," katanya lagi.

Setakat ini CIC telah mempunyai 3 ladang dan akan turut bekerjasama dengan Koperasi Kelulut-Sampugita Kelantan Berhad (Honeygold Enterprise).

14233026 1850490755172899 4320767101621889607 n

Syed Yusof berharap pemerkasaan komuniti melalui projek berinovasi sebegini dapat membantu mewujudkan peluang untuk ahli komuniti terutama golongan di bawah paras kemiskinan tegar membaiki kedudukan sosio ekonomi mereka.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1190

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024