USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PFA USM BERI PENDIDIKAN BERKAITAN PENYUSUAN SUSU UNTUK IBU KETIKA BENCANA BANJIR KELANTAN 2014

1472914585033

USM, PULAU PINANG, 3 September 2016 - Banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah Malaysia dan telah melibatkan 155 mangsa pada gelombang pertama banjir pada 18 Disember 2014 dan gelombang kedua pada 24 Disember 2014 melibatkan lebih ramai mangsa.

Menurut Pelajar PhD dari Pusat Pengajian Sains Perubatan yang merupakan pakar nutrisi Kementerian Kesihatan Malaysia, Norsyamlina Che Abdul Rahim, ibu dan bayi antara yang terlibat dan terkesan teruk dan merupakan separuh populasi mangsa yang terjejas ketika banjir besar dua tahun lalu ini.

"Semasa banjir besar ini, pasukan Psychological First Aid (PFA) dari USM telah membantu dalam memberi pendidikan kepada para ibu ini dalam memastikan mereka bersiap sedia dan tahu apa yang patut dilakukan untuk penyusuan bayi dalam keadaan bencana sebegini," katanya ketika ditemubual semasa Program Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Budaya USM haru ini.

1472914580388

Jelasnya lagi, pasukan ini juga membawa bantuan seperti bahan-bahan makanan dan juga susu tepung kepada mangsa dan perkara utama yang diberikan penekanan adalah untuk mendapat sumber air yang bersih untuk meneruskan survival ketika bencana ini melanda.

Projek ini adalah kerjasama antara IKRAM dan USM.

Pasukan projek ini terdiri daripada Dr. Zaharah Sulaiman, Dr. Noraini Mohamad, Dr. Tengku Alina Tengku Ismail, Dr. Nazirah Johar dan Prof. Dr. Nik Hazlina Nik Hussain dari PP Sains Perubatan USM yang membuat laporan untuk melihat bidang berkaitan penyusuan susu ibu (breastfeeding) semasa banjir buruk di Kelantan yang lalu.

1472894256669

1472910674504

Laporan ini sedikit sebanyak menyedarkan umum berkaitan penyusuan susu ibu (breastfeeding) antara ibu dan bayi ketika bencana dan kolaborasi melibatkan pelbagai pihak seperti pihak penyelamat, pihak berkuasa tempatan, dan pihak kesihatan serta sektor nutrisi yang mempunyai potensi untuk memperbaiki kesejahteraan ibu dan bayi yang terlibat dalam bencana banjir dan lain-lain.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Badrul Munawir Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 989

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024