USM KAMPUS KESIHATAN SAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2016
KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Ogos 2016 – Setiap tahun negara menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan untuk memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada tahun ini, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USM) sekali lagi telah mengadakan sambutan kemerdekaan bertemakan “Sehati Sejiwa” bersama dengan kira-kira 617 pelajar baru, staf dan pengurusan tertinggi USM yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein.
Program dimulakan dengan acara kayuhan basikal sejauh 6 kilometer yang disertai oleh 60 orang peserta bermula di Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan dan berakhir di Kompleks Sukan 2 USM.
Menurut Adnan, sambutan kemerdekaan in diadakan bagi mendedahkan pelajar baharu dengan semangat patriotik dan cinta kepada negara yang perlu sentiasa ada di jiwa kita tidak mengira bangsa dan keturunan.
“Para pelajar disaran supaya dapat mengekalkan keharmonian negara kita Malaysia yang tercinta ini,” ujarnya lagi.
Yang turut hadir ialah Pendaftar USM Profesor Dato' Dr. Abd. Aziz Tajuddin, Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Zakaria.
Teks/Foto: Mohd Ridzuwan Ramly/Muhd Zulkifli Zakaria
- Created on .
- Hits: 799