USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GUNA PELUANG SEBAIK MUNGKIN, NASIHAT TNC JIM

14102602 1149000988494266 3577889273641428337 n

USM, PULAU PINANG, 30 Ogos 2016 - Pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM)  diminta mengguna peluang yang ada semasa mengikuti pengajian dengan sebaik mungkin.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, yang akan menilai kejayaan seseorang pelajar ialah bakal majikan terutamanya industri yang hanya mengambil yang terbaik dalam kalangan siswazah yang ada.

"Ambillah peluang untuk belajar bekerja bersama-sama dan bekerja secara berpasukan,  menghayati nilai-nilai yang perlu untuk masa hadapan dan melengkapkan diri dengan segala yang perlu untuk mudah memasuki pasaran dan diterima bakal majikan," kata Abdul Rahman kepada 160 pelajar baharu ketika menghadiri Majlis Makan Malam bersama penghuni Desasiswa Bakti Permai Cahaya Gemilang di Pusat Ko-Kurikulum sini.

14183827 1149001051827593 7380770501547607354 n

14184423 1149001251827573 2324415183032862016 n

Tambahnya, USM dikenali dengan kecemerlangannya termasuk dalam kalangan bakat-bakat yang dibangunkan di sini sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah universiti APEX yang mementingkan yang terbaik.

"Ibu bapa, masyarakat dan negara mengharapkan kejayaan para pelajar pada masa hadapan, oleh itu saudara-saudari perlu terus berusaha gigih menghadapi cabaran yang ada tanpa mudah putus asa dengan memastikan tempoh berada di universiti adalah yang terbaik," nasihatnya lagi.

14192082 1149001081827590 1383721214163040265 n

Yang turut hadir ialah Penggawa Desasiswa Bakti Permai Cahaya Gemilang Shafie Ariffin,  Penolong-penolong Penggawa Dr. Rosenani S. M Anwarul Haque dan Dr. Nurhidayah Md. Ulang serta pengurusan desasiswa.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1075

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024