USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENTERI PENDIDIKAN TINGGI SERU PELAJAR JADI SISWAZAH BERMANFAAT KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

untitledghkh

PULAU PINANG, 30 Ogos 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) diharap akan menjadi aset dan siswazah yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

"Sebagai alumni USM saya mengucapkan selamat datang kepada para pelajar dan saya ingin melihat para pelajar terus berjaya pada masa hadapan dengan mengambil kesempatan sepenuhnya untuk melengkapkan diri dan menjadi seorang yang holistik dan berciri keusahawanan," kata Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Idris Jusoh dalam rakaman khas oleh Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) yang ditayangkan kepada pelajar dalam Majlis Sambutan Siswa Lestari di sini pagi ini.

Beliau juga menyeru pelajar untuk sentiasa bekerja keras, belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan masa yang ada di universiti dengan sebaik mungkin serta seronok dengan proses pengajian pembelajaran universiti.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 588

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024