USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM BERPUAS HATI KELANCARAN PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

IMG 9330

USM, PULAU PINANG, 29 Ogos 2016 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini melawat proses pendaftaran pelajar baharu bagi sidang akademik 2016/2017 di Dewan Utama Pelajar.

“Saya berpuas hati dengan kelancaran proses pendaftaran termasuk pembayaran yuran yang kebanyakan dibuat secara atas talian sebelum pelajar mendaftar diri di USM semalam. 

"Pada hari ini kaunter dibuka untuk mereka yang tidak sempat berbuat demikian disebabkan faktor tertentu,” tambah Omar.

nc68

IMG 9288

nc798

Turut dibuka kaunter temu janji pemeriksaan kesihatan dan juga pengambilan kad pelajar.

Jelasnya, USM  sentiasa mendengar apa jua masalah pelajar supaya mereka dapat meneruskan pengajian tanpa perlu kebimbangan.

“Saya menyeru supaya pelajar yang mempunyai masalah terutamanya dari segi kewangan terus merujuk kepada Dekan Pusat Pengajian atau pun Penggawa Desasiswa masing-masing,” katanya.

IMG 9305

IMG 9405

Yurut turut hadir dalam lawatan tersebut ialah  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein. 

Lebih 3,600 pelajar baharu mendaftar untuk sesi kemasukan 2016/2017 secara serentak di ketiga-tiga kampus USM semalam.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1073

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024