USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, JOHNSON & JOHNSON BANTU PEROKOK BERHENTI MEROKOK

IMG 9455

PULAU PINANG, 29 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) berkolaborasi dengan Syarikat Johnson & Johnson Malaysia (J&J) bagi membantu kerajaan menurunkan bilangan perokok di negara ini yang mencatatkan jumlah sehingga 5 juta orang.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, inisiatif USM dan J&J bermula November tahun lalu itu seiring dengan pengukuhan perkhidmatan berhenti merokok yang dinamakan Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit atau mQuit Services yang dijalankan kerajaan.

“Melalui inisiatif ini, setiap agensi yang terlibat memainkan peranan masing-masing dalam mengukuhkan perkhidmatan nasihat dalam talian atau Quitline kepada perokok-perokok yang ingin keluar dari masalah ketagihan merokok.

IMG 9486

majlis476

“Libatsama pihak swasta dalam membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dibuat USM dan J&J adalah satu usaha murni yang perlu diperluas dan  dicontohi pihak lain,” katanya dalam sidang media bersempena Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Projek USM Tobacco Quitline di bawah Perkhidmatan MQuit di antara USM dan J&J di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyaksikan  penyerahan mock cheque berjumlah RM300,000 dari J&J kepada USM bagi menjayakan inisiatif bersama dalam projek USM Tobacco Quitline.

IMG 9571

IMG 9581

IMG 9679

Hilmi juga berkata, statistik bagi tahun ini turut menunjukkan peningkatan dalam mengurangkan bilangan perokok yang mana daripada 4,710 perokok yang berdaftar, 1,223 daripadanya berjaya berhenti dari ketagihan merokok.

“Ia menunjukkan peningkatan dari 18 peratus pada tahun lalu kepada 26 peratus (2016). KKM akan terus menggiatkan usaha melalui 535 kliniknya, 45 hospital dan 145 fasiliti swasta yang menyediakan bantuan quitline termasuk USM dan sebagainya,” katanya.

IMG 9702

Dalam pada itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman pula berkata, mana-mana individu yang ingin keluar dari belenggu ketagihan rokok boleh menghubungi talian USM Tobacco Quitline iaitu 04-6535999 bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan secara profesional dan sistematik.

 

Teks: Marziana Mohamed Alias

Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1219

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024