USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TNC HEPA SERU PELAJAR BAHARU MEMPUNYAI 'GLOBAL MINDSET'

untitledgfhj

USM, PULAU PINANG, 28 Ogos 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) dalam rangka untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran global (global mindset) dalam meningkat nilai pelajar dan juga bersaing di peringkat global.

Demikian ujar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein ketika sesi taklimat bersama pelajar baharu USM di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) hari ini.

Menurut Adnan, pelajar harus mempunyai sifat holistik, keusahawanan dan seimbang (HEB) selepas tamat pengajian supaya mereka menjadi seorang insan yang bernilai kepada masyarakat.

fghdrdfg

untitledfhyj


"Para pelajar juga disarankan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di Desasiswa, Persatuan, Pusat Pengajian, kesukarelawanan, kepimpinan, pembangunan diri, keusahawanan, kebudayaan, sukan dan juga universiti hingga ke peringkat global dalam meningkatkan kebolehpasaran diri masing-masing," katanya.

Tambahnya lagi, dalam senario pendidikan tinggi negara kini, pelajar perlulah mempunyai nilai seimbang dalam aspek akhlak dan juga ilmu yang ditimba.

Pihak kerajaan juga memberi penumpuan kepada pembangunan pendidikan negara secara holistik melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) 2015-2025 melalui 10 lonjakan yang digariskan.

untitleddfgh

Kira-kira 3,700 orang pelajar mendaftar diri di Kampus Induk Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kelantan hari ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Muhammad Firdaus Khirudin

  • Created on .
  • Hits: 1040

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024