USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TABUNG 'HOLE IN THE HEART' PERLU DANA BANTU PESAKIT JANTUNG

untitledhm copy

KUBANG KERIAN, 28 Ogos 2016 - Orang ramai terutama syarikat swasta dan badan korporat diseru untuk turut membantu menyumbang dana Tabung 'Hole In The Heart' pesakit-pesakit jantung yang memerlukan.

Tabung  'Hole in The Heart' dilancarkan bermula sejak 2012 oleh Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADUCARE) mendapat kerjasama erat daripada Pasaraya Mydin di mana PADUCARE meletakkan kotak-kotak sumbangan di pasaraya Mydin seluruh Kelantan.

Pengerusi PADUCARE, Profesor Dato' Dr. Jafri Malin menyeru masyarakat dan badan korporat bersama-sama menyumbang kepada dana tabung tersebut.

"Kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu golongan pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan dalam membiayai kos sepanjang rawatan yang sekiranya tidak dibantu akan melewatkan proses rawatan awal yang bakal mengundang kemudaratan kepada pesakit," katanya di Majlis Penghargaan Projek 'Hole in The Heart & Healing Little Hearts' di sini.

Tambahnya lagi, jika dana yang diperolehi mencukupi boleh digunakan untuk membiayai kos membawa pasukan sukarelawan Yayasan Healing Little Hearts dari United Kingdom ke Malaysia secara lebih kerap yang memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM120,000 setiap kali datang bagi membantu rawatan pembedahan jantung di sini.

"Sumbangan daripada orang ramai ini diharap dapat meringankan beban pesakit sekaligus memberi harapan serta peluang mereka merasai kehidupan seperti insan lain," tambahnya lagi.

Yang hadir sama ialah Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed; Pakar Pediatrik merangkap Ketua Projek 'Hole in The Heart & Healing Little Hearts, Dr. Mohd Rizal Mohd Zain; dan Timbalan Dekan Pelajar dan Jaringan PPSP, Profesor Dr. Din Suhaimi Sidek.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 690

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024