USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HEALING LITTLE HEARTS - KERJASAMA USM-UK BANTU PESAKIT KARDIOLOGI PEDIATRIK

untitledghy

KUBANG KERIAN, 28 Ogos 2016 - Penyakit jantung kongenital adalah salah satu penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak yang melibatkan lapan kes dalam setiap seribu kelahiran.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) merupakan salah satu hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Kardiologi Pediatrik.

Menurut Pakar Unit Kardiologi Pediatrik, Dr. Mohd Rizal Mohd Zain, walau bagaimanapun, kekurangan pakar dalam bidang tersebut menjadi kekangan untuk melakukan pembedahan terutama bagi pesakit-pesakit miskin mengakibatkan mereka terpaksa menunggu selama enam bulan hingga setahun sebelum dapat menjalani pembedahan.

"Sejak tahun 2013 hingga 2015, Hospital USM  berjaya membuat 120 pembedahan tersebut dengan bantuan Pakar Bedah Kardiotorasik Pediatrik, Dr. Antonio Corno yang pernah bertugas di Hospital USM.

untitledvghy.jpgjub

"Pada masa ini, Hospital USM bekerjasama dengan Yayasan 'Healing Little Hearts' United Kingdom (HLHs) menjalankan pembedahan ke atas pesakit dibantu oleh Pakar Kardiotorasik Pediatrik, Pakar Pediatrik Kardiologi, Intensives, Jururawat serta Perfusionis yang bergerak secara sukarela dengan mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan orang ramai," kata Mohd Rizal.

Ini merupakan lawatan kali kedua dan sepanjang lawatan kali ini, pasukan HLHs merancang untuk membuat 10 pembedahan. Pada tahun 2016, pasukan HLHs akan membuat lawatan sebanyak tiga kali ke Hospital USM.

"Di samping membantu menjalankan pembedahan ke atas pesakit, projek ini juga merupakan satu proses pemindahan ilmu, kepakaran dan penggunaan peralatan yang canggih dari luar negara dalam melatih doktor-doktor di sini memandangkan di Hospital USM sendiri hanya ada seorang sahaja doktor pakar dalam bidang Kardiotorasik Pediatrik," jelasnya lagi. 

Menurut Mohd Rizal, apa yg lebih penting ianya dapat mengatasi masalah senarai menunggu yang panjang untuk pesakit menjalani pembedahan jantung di samping penjimatan kos pembedahan kerana pada masa kini, terdapat 40-50 pesakit yang menunggu untuk menjalani pembedahan dan dianggarkan bilangan tersebut akan terus meningkat.

Walau bagaimanapun, pasukan HLHs hanya dapat membuat lawatan sebanyak dua kali setahun dengan pembiayaan Yayasan tersebut dan mampu menjalankan 10 pembedahan dalam masa lima hari pada setiap kali lawatan.

"Besarlah harapan kami projek ini mendapat perhatian pengurusan universiti agar dapat membantu membiayai keperluan membawa pasukan HLHs dengan lebih kerap bagi membolehkan pembedahan pesakit dalam dijalankan dengan lebih banyak lagi," tambahnya.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhamad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 1000

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024