USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM UNIVERSITI TERBAIK UNTUK PELAJAR ANTARABANGSA

IMG 9085

USM, PULAU PINANG, 28 Ogos 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) adalah sebuah universiti yang menakjubkan dan merupakan universiti terbaik di dunia.

Demikian ujar pelajar baharu USM dari Iraq, Neaam Bahaa Saleh, 20, yang mendaftarkan diri hari ini di Kampus Induk USM yang mengambil Ijazah Sarjana  Muda  Seni Bina di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan.

Neaam membuat pencarian mengenai USM dan merasa amat teruja dengan segala aspek di USM baik dari pendidikan, kesejahteraan dan lain-lain yang berkaitan pendidikan tinggi.

"Saya juga akan memberitahu kepada rakan-rakan di Iraq berkaitan kecemerlangan dan kelebihan USM dan menyarankan mereka belajar di sini," kata anak keenam dari tujuh beradik ini, ketika ditemui di sidang media khas pendaftaran pelajar baharu USM yang dipengerusikan oleh Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, wakil Naib Canselor.

IMG 9099

Tambahnya lagi yang sudah berada 6 bulan di sini, Malaysia adalah antara negara terbaik yang menawarkan bidang Seni Bina dan mendapati USM adalah pilihan bijak untuk belajar dan memperolehi segulung ijazah.

"Selain itu, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan USM kepada pelajar dan warganya juga amat baik dan amat sesuai untuk pelajar antarabangsa yang lain jika menyambung pengajian di sini," jelas lanjutnya.

Sementara itu, kakak Neaam, Dr. Maysam Bahaa Saleh pula berharap adiknya akan menamatkan pengajian di USM hingga ke peringkat Sarjana dan memperolehi pekerjaan di syarikat Seni Bina Malaysia kelak.

Dr. Maysam Bahaa Saleh kini adalah pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM yang juga alumni USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 2566

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024