USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOLABORASI USM-PMTG SALUR KEPAKARAN PEMBANGUNAN MULTIMEDIA

IMG 8810ftuh

SEBERANG JAYA, 26 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menjalin kerjasama strategik bersama Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) melalui penawaran kepakaran pembangunan multimedia, video dan perfileman melalui Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) serta progam latihan industri selama setahun.

Penolong Naib Canselor, Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil Mahmood berkata, usaha ini membolehkan USM berkongsi teknologi dan maklumat yang kita miliki seterusnya mengembangkan ia kepada pihak luar yang memerlukan.

"Terima kasih PMTG kerana memilih USM sebagai lokasi 'Work-Based Learning' untuk pelajar dalam pengkhususan Diploma Pengajian Video dan Filem yang akan didedahkan kepada latihan dan praktikal yang sesuai dengan permintaan industri selepas mereka tamat pengajian kelak,” katanya yang mewakili Naib Canselor USM bagi menandatangani MoU ini di Hotel Sunway, di sini hari ini. 

IMG 8815

IMG 8838

Yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Y.B. Hj. Omar Hj. Abdul Hamid; Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Pendidikan Politeknik, Shabudin Man; Pengarah Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Abdul Malek Hassan dan wakil industri.

Seramai 30 orang pelajar kumpulan pertama dalam bidang tersebut akan ditempatkan di USM untuk menjalani latihan industri.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1141

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024