USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

15 PROFESOR DILANTIK AHLI SENAT USM ISI KEKOSONGAN SESI 2014-2017

USM, PULAU PINANG, 26 Ogos 2016 - Pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mengisi kekosongan sesi 2014-2017 telah diadakan pada 18 Ogos 2016 lalu secara atas talian atau e-Undi Senat.

Seramai 15 orang telah dipilih dan keputusan pemilihan adalah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Profesor Dr. Ahmad Zuhairi bin Abdullah, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik Profesor Dr. Zaidi bin Mohd Ripin, Pusat Pengajian Pengurusan Profesor Dr. Mahmod Sabri bin Haron, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Profesor Dr. A. Ghafar bin Ahmad, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Profesor Dr. Sivamurugan A/L Pandian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Profesor Dr. Shaharum bin Shamsuddin, Pusat Pengajian Sains Komputer Profesor Dr. Azman bin Samsudin, Pusat Pengajian Sains Matematik Profesor Dr. Ahmad Izani bin Md Ismail, Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Profesor Datin Dr. Ruhani binti Ali, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan/Akademik Profesor Dr. Sabariah binti Ismail manakala kerusi Kampus Induk disandang oleh Profesor Dr. Badaruddin bin Mohamed, Profesor Dr. Irfan Naufal bin Umar dan Profesor Dr. Wan Ruslan bin Ismail dan Kampus Kesihatan pula disandang oleh Profesor Dr. Abdul Razak bin Sulaiman manakala untuk Pusat Pengajian Sains Kimia keputusannya akan dimaklumkan kemudian.

USM memperkenalkan kaedah pemilihan Profesor sebagai ahli Senat pada tahun 2011 sebagai satu inisiatif baharu di bawah Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) yang diisytiharkan kerajaan pada 2008 sebagai satu usaha menghasilkan tadbir urus yang baik. 

USM adalah institusi pertama di Malaysia yang mengadakan pemilihan Profesor sebagai Ahli Senat menerusi kaedah pengundian bagi pelantikan 2011-2014 dan bermula sesi 2014-2017, proses pemilihan dibuat secara elektronik.

Mengikut Perlembagaan Universiti Sains Malaysia [Seksyen 24(1)], sejumlah 46 kerusi keanggotaan Senat Universiti diperuntukkan kepada Profesor yang dipilih bagi mewakili Pusat Pengajian/Institut/Pusat Kecemerlangan masing-masing iaitu Pusat Pengajian (24), Institut (2), Pusat Kecemerlangan (2), Kerusi Kampus Induk (12), Kejuruteraan (3) dan Kesihatan (3).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 904

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024