USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA KEMERDEKAAN

2016 08 28 08.59.51 2

KOTA BHARU, 26 Ogos 2016 - Unit Perubatan Transfusi Hospital USM dengan kerjasama AEON MALL dan Kelab Youth Movement Malaysia & Persatuan Jurujual Kelantan mengadakan Kempen Derma Darah yang berlangsung di Pasaraya AEON MALL sempena Hari Kebangsaan.

Program ini disokong oleh tiga kelab kereta utama di Kelantan iaitu My Alza Owner Club Kelantan (MAOC), Kelab Kebajikan Pemilik Wira Negeri Kelantan (WOCC) dan Kelab Exora Owners Club Malaysia (EOCM).

2016 08 28 08.59.52 1

Pegawai Perubatan, Unit Perubatan Transfusi Hospital USM, Dr. Amran Abd Wahab menyifatkan kerjasama ini merupakan langkah baik untuk menggalakkan masyarakat menderma darah dan menimbulkan kesedaran tentang kepentingan membantu pesakit.

"Ini adalah usaha murni ahli-ahli kelab kereta yang datang beramai-ramai ke sini selain pengunjung pasaraya yang turut sama menderma darah dan pihak hospital USM amat berterima kasih serta menyanjung tinggi kerjasama yang diberikan," jelasnya.

2016 08 28 08.59.51

2016 08 28 08.59.51 1

Ahli Jawatankuasa Kelab MAOC, Abdul Ruslan Azizan yang juga pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Kota Bharu berkata golongan muda perlu didedahkan dengan program kebajikan sebegini sebagai tanggung jawab sosial yang perlu dilakukan berterusan.

Seramai 50 orang ahli kelab kereta tampil bersama keluarga untuk menderma darah.

Sebanyak 123 pain darah telah diperoleh.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 1106

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024