USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RANGKUL ENAM ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH PANTAI TIMUR 2016

untitleduighu

KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2016 - Kampus Kesihatan sekali lagi menjulang nama Universiti Sains Malaysia (USM) apabila merangkul enam Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2016 yang berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Kumpulan tersebut adalah Excel 7 daripada Perpustakaan Hamdan Tahir dan Genius Eleven Hospital USM yang bertanding untuk kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif manakala empat kumpulan bertanding bagi kategori Lean Health iaitu Lean KRK 2015, USM Trauma Healthcare, Kidsma dan GPP-DS yang kesemuanya mewakili Hospital USM.

Menurut Timbalan Ketua Pustakawan, Rugayah Ali yang juga mewakili Pengarah Kampus semasa majlis penutup berkata, kejayaan ini adalah hasil daripada sokongan semua pihak terutama pengurusan atasan dan komitmen ahli yang sangat tinggi.  Harapan kepada semua pasukan agar dapat meneruskan projek masing-masing sambil mengaplikasi inovasi dalam bentuk kaizen yg terhasil.

untitleduyu

untitleddfgh

Beliau juga berharap kesemua pasukan yang telah berjaya ini akan terpilih ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 25 hingga 27 Oktober 2016 di Putrajaya.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

  • Created on .
  • Hits: 1128

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024