USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOLABORASI USM-MEICHEN TINGKAT KEPAKARAN PERGIGIAN

KUBANG KERIAN, 25 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Meichen Quanmin (Shandong) Hospital Investment Co. Ltd. (MEICHEN), China pada 12 Februari 2016 telah mula menampakkan hasil bermula dengan MEICHEN menghantar tiga orang pegawai pergigian untuk menjalani latihan di Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) selama tiga bulan baru-baru ini.

Penyelaras Alumni dan Jaringan, PPSG Profesor Azizah Yusof berkata,  MEICHEN memandang tinggi kepakaran bidang pergigian yang ada di USM dan melalui kerjasama jangka panjang  ini, kedua-dua belah pihak berpeluang mendapat latihan kepakaran daripada pakar-pakar serta menggunakan peralatan-peralatan canggih yang terdapat di hospital pergigian MEICHEN.

Baru-baru ini pula USM diberi penghargaan menghadiri Majlis Perasmian Weihai Meichan Dental Hospital sebagai hospital pengajar di sana. 

Azizah yang mewakili Dekan PPSG merasa amat berbangga apabila nama PPSG dan USM terpampang semasa upacara perasmian.

“USM akan menghantar pakar-pakar pelbagai bidang pergigian yang ada di PPSG seperti Prostodontik, Pergigian Pediatrik, Periodontik  bagi membantu pihak MEICHEN dalam meningkatkan kemahiran doktor pergigian di sana dengan segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan mereka,” tambah beliau.

Yang turut hadir majlis perasmian Hospital Pengajar tersebut adalah Mantan Dekan PPSG selaku Pensyarah Kunjungan iaitu Profesor Dato’ Dr Ab. Rani Samsudin, Gabenor Wilayah Weihai, Pengarah Kesihatan Weihai serta Dekan-dekan Fakulti Pergigian di China.

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid
Foto:  Profesor Azizah Yusof/Muhamad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 741

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024