USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RANGKUL KEJAYAAN DI I-PHEX 2016

Kubang Kerian, 25 Ogos 2016 - Kemurungan serta tekanan yang dialami oleh pelajar-pelajar pengajian perubatan menjadi inspirasi kepada Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Dr Muhammad Saiful Bahri Yusoff untuk melakukan kajian 'The Medical Students Stress Source Questionaires A Valid Screening To Discover Sources Of Stress Of Medical Students'.

Kajian sejak 2008 itu bagi menentukan tahap dan punca stres oleh pelajar dengan membangunkan 'Medical Student Stress Source Questionaires' (MSSQ).

"Kini ramai pengkaji luar menggunakan MSSQ kerana ia 'reliable', 'valid' dan merupakan satu-satunya alat yang boleh mengenalpasti punca stres," kata Muhammad Saiful Bahri.

Hasil kajian tersebut telah diindex dalam PsyTEST Database yang diterbitkan oleh American Psychologist Association.

Muhammad Saiful Bahri  kini sedang berbincang untuk berkolaborasi dengan  pengkaji  Taiwan dan United Kingdom untuk menjalankan projek terbaharu untuk melihat kemampuan MSSQ supaya lebih sah, lebih tinggi kebolehpercayaan bila diukur dan ukuran itu mencerminkan punca sebenar pelajar stres manakala hasilnya boleh berulang-ulang.

Projek ini turut menarik perhatian pengkaji New Zealand, Jepun, Hong Kong serta universiti awam dalam negara.

Projek yang mengetengahkan pengembangan dan pemindahan ilmu serta kolaborasi di peringkat antarabangsa ini telah dianugerahkan 'Best Of The Best Award For IPHEX 2016' serta 'Gold Medal IPHEX 2016' dalam International Innovative Practices In Higher Education Expo 2016 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia, Semarak baru-baru ini.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

  • Created on .
  • Hits: 529

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024