USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USAHA TINGKAT KECEKAPAN SUMBER MANUSIA USM

IMG 20160821 WA0081

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Ogos 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus berusaha meningkatkan kecekapan proses kerja staf dengan mengadakan Makmal Penjajaran Sumber Manusia Teknik dan Kaedah Penyediaan JD dan SOP selama dua hari di sini yang melibatkan lebih 50 orang pegawai dalam semua skim perkhidmatan.

Berucap merasmikan makmal ini, Pengarah Sumber Manusia, Dr. Musa Ali berkata, usaha ini penting untuk mengemaskini satu standard Deskripsi Kerja (JD) dan panduan pentadbiran (SOP) apatah lagi banyak perubahan berlaku dalam pengurusan bakat dan sumber manusia terutamanya banyak lapisan perjawatan sekarang ini.

“Kita juga sedang berusaha untuk mengurangkan nisbah staf akademik dengan bukan akademik untuk dicapai dalam masa terdekat ini," kata Musa.

Sepanjang makmal ini berlangsung usaha dibuat untuk melihat semula, menambahbaik dan menyediakan panduan deskripsi tugas untuk semua perjawatan dengan menumpukan kepada kemahiran dan kompetensi tugas staf.

Makmal ini dikendalikan oleh Timbalan Pendaftar Sumber Manusia, Haji Husin Yahaya. Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pendaftar Kanan Haji Mohd. Saad Din, Haji Yusoff Abdullah dan Mohamad Abdullah.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1337

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024